- Laman Utama
- Mengenai Kami
-
Jabatan
- Pengurusan Hospital
- Anestesiologi
- Dietetik & Sajian
- Pakar Bedah Mulut
- Pengimejan Diagnostik
- Kecemasan & Trauma
- Forensik
- Perubatan Am
- Teknologi Maklumat
- Rekod Perubatan
- Otorinolaringologi
- Obstetrik & Ginekologi
- Oftalmologi
- Ortopedik
- Patologi
- Pediatrik
- Klinik Pakar
- Psikiatri
- Farmasi
- Pembedahan
- Unit Steril
- Rawatan Harian
- Pendidikan Kesihatan
- Hemodialisis
- Sosial Perubatan
- Unit Kejururawatan
- Unit Neonatal
- Unit Kualiti
- Unit Hasil
- Unit Rehablitasi
- Unit TCM
- Kesihatan Awam
- Wad
- Unit Penyeliaan Hospital
- Medical Management Unit
- Awam
- Kakitangan
-
Sumber Senarai
-
Hubungi Kami Info
- Maklumbalas
JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental menyediakan perkhidmatan kepakaran yang merangkumi:
Klinik Pesakit Luar
Klinik ini beroperasi setiap hari – pagi dan petang. Ia berkerjasama dengan Jabatan Perubatan – Klinik Kaunter E.Sesi diberikan melalui temujanji yang dijadualkan berdasarkan keadaan pesakit dan rujukan dari pihak tertentu.
Kes-kes kecemasan pula, dilihat di Jabatan Kecemasan dengan segera
Pesakit Dalam
Pesakit -pesakit ditempatkan di Wad Perubatan Am dan dirawat dalam persekitaran tersebut.
Perkhidmatan Psikiatri Kommuniti
Perkhidmatan Komuniti Psikiatri merupakan cabang perkhidmatan rawatan susulan ke rumah, di mana perawatan pesakit diteruskan bagi merendahkan risiko relaps dengan mengenal pasti gejala-gejala awal penyakit disamping memperkasakan sokongan keluarga di dalam perawatn pesakit.
Pusat Kesihatan Mental Komuniti ( MENTARI ) Presint 11
Pusat Komuniti menawarkan perkhidmatan seperti Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Psikiatri Komuniti dan Perkhidmatan Rehabilitasi. Ia juga menyediakan Ujian Saringan awal bagi pesakit yang belum mempunyai diagnosis. Program rehabilitasi dan terapi carapulih kerja adalah satu faktor yang penting dalam pemulihan pesakit psikiatri. Perkhidmatan ini disediakan untuk pesakit Psikiatri Am, Geriatrik, Kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.
Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti ini bertujuan untuk mengurangkan jangkamasa rawatan di wad, membuat intervensi rawatan susulan di rumah selepas konsultasi dengan pakar, membuat penilaian psikososial, memperkasakan sokongan keluarga atau penjaga pesakit melalui pendidikan kesihatan dan mengesan gejala-gejala awal penyakit yang dikhuatiri akan berulang.
Klinik Periferi
Konsultasi Psikiatri diberi di Klinik Kesihatan Kerajaan untuk memudahkan pesakit menerima rawatan yang optimum berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
Objektif
80% daripada semua temujanji tidak-segera yang dirujuk, akan dilihat di Klinik Pakar Psikiatri dalam tempoh 4 minggu.