Text Size

PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

...

Baca lagi...


 

Pendahuluan

Perkhidmatan Farmasi adalah salah satu jabatan dalam perkhidmatan sokongan di-Hospital Putrajaya. Fokus utama Jabatan Farmasi adalah untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan ambulatori dan pesakit dalam yang berkualiti dan berkesan melalui penjagaan farmaseutikal yang optimum kepada pesakit. Jabatan Farmasi juga bertanggungjawab dalam perolehan ubat-ubatan dan item pakai buang serta memainkan peranan penting dalam mempromosi penggunaan ubat secara rasional juga kos-efektif melalui sistem pembekalan yang cekap. 

Visi

Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.

Misi

Misi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

1.    Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan
       perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
2.    Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan
       berkualiti.
3.    Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat? dan pemerkasaan
       tenaga kerja.
4.    Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik

Jabatan Farmasi bertanggungjawab di atas aktiviti-aktiviti berikut:

1.    Memberikan perkhidmatan farmasi yang efisyen dan berorientasikan pelanggan.
2.    Perkhidmatan penjagaan farmaseutikal? selaras dengan perkembangan terkini.
3.    Penyebaran maklumat ubat dan pemonitoran ubat terapeutik.
4.    Memperbaiki kemahiran professional menerusi program latihan dan pendidikan berterusan.
5.    Melibatkan diri dan menjalinkan kerjasama dalam aktiviti perkembangan dan penyelidikan
       berkaitan farmasi dan perkhidmatan hospital.
6.    Memastikan bekalan ubat-ubatan dan item pakai buang kepada semua wad/unit di hospital
       adalah sentiasa memenuhi kualiti, efektif dan  mencukupi keperluan.

 

Kemudahan

 

Kemudahan-kemudahan Farmasi

Lokasi

Jabatan Farmasi & Farmasi Pesakit Dalam

Aras LG

Stor Perubatan

Aras LG

Farmasi Pesakit Luar

Aras G

Farmasi Kecemasan

Aras G

 

Perkhidmatan


1.    Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
2.    Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam
3.    Perkhidmatan Wad Farmasi
4.    Pemonitoran Ubat Terapeutik (TDM)
5.    Perkhidmatan Parenteral Nutrisi
6.    Perkhidmatan IV-Admikstur & Aseptik
7.    Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
8.    Penyediaan Ekstemporanus dan Pembungkusan semula
9.    Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
10.  Pusat Maklumat Ubat (DIS)
11.  Perolehan & Distribusi ubat-ubatan dan bukan ubat.

 

Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) 

Perkhidmatan Tambah Nilai adalah salah satu projek inovasi untuk memudahkan
pesakit-pesakit Hospital Putrajaya mengambil ubat susulan tanpa perlu menunggu, pada kos yang minimum dan memastikan pembekalan ubat yang berterusan.

1.    Perkhidmatan “Farmasi SMS Take N Go” menggunakan sistem temujanji di mana
       pesakit-pesakit boleh mendapatkan ubat susulan di kaunter yang ditetapkan. Terdapat 3 tempat

       parkir khas disediakan bersebelahan kaunter untuk pesakit-pesakit yang menggunakan
       perkhidmatan ini.
 
2.    Perkhidmatan “Ubat Melalui Pos” (UMP) menghantar ubat susulan pesakit-pesakit ke rumah
       menggunakan perkhidmatan Poslaju.
 
3.    “Medibox” menggunakan sistem temujanji dimana pesakit-pesakit boleh mendapatkan ubat
       susulan di loker yang ditetapkan, di lobi utama Hospital Putrajaya.  
 
4.    “Drive-Thru HPJ at IKN” menggunakan sistem temujanji dimana pesakit-pesakit boleh mendapatkan ubat susulan di kaunter Farmasi drive-through di Institut Kanser Negara (bersebelahan dengan Hospital Putrajaya).

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami ditalian 03-83124247 (beroperasi waktu pejabat)

 

Maklumat Ubat & Pertanyaan tentang Ubat

 

Pertanyaan mengenai ubat anda boleh hubungi Talian Bebas Tol Pusat Panggilan Farmasi Nasional di 1-800-88-6722 waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Pertanyaan mengenai ubat juga boleh diemelkan kepada portal Kenali Ubat Anda melalui laman sesawang  http://www.knowyourmedicine.gov.my/
Pusat Maklumat Ubat Hospital Putrajaya boleh dihubungi ditalian 03-83124373 waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).

 

Waktu Operasi

 

Lokasi

Hari Operasi

Waktu Operasi

Farmasi Pesakit Luar

Isnin - Jumaat

7.30 pagi - 5.00 petang

Kaunter Farmasi SMS Take N Go

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 – 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tengahari

2.45 - 5.00 petang

Kaunter Farmasi Kecemasan Setiap Hari

Beroperasi 24 jam

Attachments:
File Description
Download this file (Bulletin Farmasi Bil 1 2018.pdf)Bulletin Farmasi Bil 1 2018.pdf BULETIN FARMASI BIL1 2018

  Logo Rasmi KKM Utamakan Kesihatan 02msc-logo mysejahtera-vector-logo