- Laman Utama
- Mengenai Kami
-
Jabatan
- Pengurusan Hospital
- Anestesiologi
- Dietetik & Sajian
- Pakar Bedah Mulut
- Pengimejan Diagnostik
- Kecemasan & Trauma
- Forensik
- Perubatan Am
- Teknologi Maklumat
- Rekod Perubatan
- Otorinolaringologi
- Obstetrik & Ginekologi
- Oftalmologi
- Ortopedik
- Patologi
- Pediatrik
- Klinik Pakar
- Psikiatri
- Farmasi
- Pembedahan
- Unit Steril
- Rawatan Harian
- Pendidikan Kesihatan
- Hemodialisis
- Sosial Perubatan
- Unit Kejururawatan
- Unit Neonatal
- Unit Kualiti
- Unit Hasil
- Unit Rehablitasi
- Unit TCM
- Kesihatan Awam
- Wad
- Unit Penyeliaan Hospital
- Medical Management Unit
- Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif
- Awam
- Kakitangan
-
Sumber Senarai
-
Hubungi Kami Info
- Maklumbalas
Pengenalan
Klinik Pakar Bedah Mulut terletak di aras G, Hospital Putrajaya dan mula beroperasi pada 1 September 2001. Jabatan ini diketuai oleh Pakar Perunding Bedah Mulut dan para anggota yang terdiri dari Pegawai Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Misi
Kami adalah pasukan profesional yang bertanggungjawab, penyayang dan dinamik yang akan bekerjasama dengan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi meningkatkan status kesihatan mulut & maksilofasial pelanggan.
Visi
Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang memberi perkhidmatan pergigian bedah mulut berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui proses kerja yang cekap, bertanggungjawab, bersikap positif dan progresif di dalam persekitaran yang kondusif.
Fasiliti dan Perkhidmatan
Perkhidmatan Rawatan Yang Ada:
- Rawatan kecederaan Oral dan Maksilofasial.
- Rawatan pembedahan kecil mulut seperti pembedahan gigi bongsu terimpak dll.
- Rawatan pergigian am dan pembedahan untuk pesakit berkeperluan khas / bermasalah perubatan.
- Pengurusan pesakit dengan lesi perubatan dan patologi Oral & Maksilofasial termasuk tumor serta masalah sendi temporomandibular.
- Pengurusan deformiti dentoalveolar / dentofasial dan pembedahan orthognatik.
- Pembuatan prostesis maksilofasial, pembedahan praprostetik dan dental implantologi.
- Melaksanakan tugas-tugas forensik odontologi.
Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Putrajaya perlu mendapatkan surat rujukan daripada klinik pergigian kerajaan atau klinik pergigian swasta yang berhampiran. Pesakit digalakkan untuk menghubungi Klinik Bedah Mulut untuk mendapatkan temujanji.
HARI |
PAGI |
PETANG |
8.00 pagi – 1.00 tengahari (Isnin-Selasa) |
2.00 – 5.00 petang (Isnin-Selasa) |
|
8.00 pagi – 12.15 tengahari (Jumaat) |
2.45 – 5.00 petang (Jumaat) |
|
Isnin |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Selasa |
Dewan Bedah |
Dewan Bedah |
Rabu |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Khamis |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Jumaat |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Kes Temujanji dan Rujukan |
Sabtu |
Pembedahan Elektif(Sabtu Minggu Ke-4) |
Tutup |
Ahad |
Tutup |
Tutup |
Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pergigian lain seperti pemeriksaan pergigian, tampalan, rawatan salur akar, rawatan penskaleran, cabutan dan gigi palsu boleh mendapatkan rawatan-rawatan tersebut di klinik pergigian kerajaan yang terdekat seperti yang telah tersenarai di bawah atau klinik pergigian swasta pilihan.
KLINIK-KLINIK PAKAR LAIN
Klinik-klinik ini memerlukan surat rujukan sama ada dari klinik pergigian kerajaan atau klinik pergigian swasta.
Klinik Pembedahan Pergigian Kanak-kanak (Paediatrik):
Hospital Serdang
Hospital Kuala Lumpur
Hospital Kajang
Klinik Pakar Orthodontik: (Untuk pemasangan ‘braces’ dan membetulkan jajaran gigi)
Klinik Pergigian Putrajaya Presint 18
Klinik Pergigian Sungai Chua, Kajang
Klinik Pergigian Seri Kembangan
Klinik Pergigian Cahaya Suria
Klinik Pakar Periodontik: (Untuk merawat masalah gusi yang serius)
Klinik Pergigian Putrajaya Presint 18
Klinik Pergigian Cahaya Suria
Klinik Pakar Restoratif: (Untuk rawatan korona, jambatan (bridge) dan rawatan salur akar)
Klinik Pergigian Putrajaya Presint 18
Klinik Pergigian Tanglin
KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN LAIN
WP KL & PUTRAJAYA |
SELANGOR |
KP Petaling Bahagia |
KP Puchong Batu 14 |
KP Cahaya Suria |
KP Salak Tinggi |
KP Cheras Baru |
KP Kajang |
KP Bandar Tun Razak |
KP Bangi |
KP Putrajaya Presint 18 |
KP Seri Kembangan |
KP Putrajaya Presint 9 |
KP Cheras |