- Laman Utama
- Mengenai Kami
-
Jabatan
- Pengurusan Hospital
- Anestesiologi
- Dietetik & Sajian
- Pakar Bedah Mulut
- Pengimejan Diagnostik
- Kecemasan & Trauma
- Forensik
- Perubatan Am
- Teknologi Maklumat
- Rekod Perubatan
- Otorinolaringologi
- Obstetrik & Ginekologi
- Oftalmologi
- Ortopedik
- Patologi
- Pediatrik
- Klinik Pakar
- Psikiatri
- Farmasi
- Pembedahan
- Unit Steril
- Rawatan Harian
- Pendidikan Kesihatan
- Hemodialisis
- Sosial Perubatan
- Unit Kejururawatan
- Unit Neonatal
- Unit Kualiti
- Unit Hasil
- Unit Rehablitasi
- Unit TCM
- Kesihatan Awam
- Wad
- Unit Penyeliaan Hospital
- Medical Management Unit
- Awam
- Kakitangan
-
Sumber Senarai
-
Hubungi Kami Info
- Maklumbalas
UNIT PENYELIAAN HOSPITAL
Unit Penyeliaan Hospital terletak di aras bawah, lobi utama, Hospital Putrajaya. Tumpuan utama unit ini adalah meliputi aspek pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan serta bertanggungjawab ke atas Pembantu Perawatan Kesihatan serta Pekerja Sambilan Harian (PSH). Bahagian ini terlibat membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Putrajaya. Bahagian ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U42 selaku Ketua Penyelia Hospital, yang terlibat secara langsung menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U36, dua orang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U14.
VISI
Menjana sebuah pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi yang sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan
MISI
Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta-akta, peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
- Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
SKOP PERKHIDMATAN
Melaksanakan polisi dan dasar perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang telah ditetapkan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengawalan Amalan Klinikal dan Penguatkuasaan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
- Melaksanakan Amalan dan Penguatkuasaan Kod Etika Pembantu Perubatan dan Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
- Pengurusan dan penyeliaan hal ehwal kebajikan, agihan sumber tenaga dan perkembangan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Porter Hospital, Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) bagi Penolong Pegawai Perubatan.
- Pengurusan peningkatan kualiti menyeluruh dan berterusan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
- Membantu menyelia, mengurus dan mentadbir dalam perkhidmatan Hospital Putrajaya.
- Menjadi Pegawai Penyelaras kepada perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan iaitu Facility Engineering and Maintenance Service (FEMS), Biomedical Engineering and Maintenance Service (BEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS).