Text Size

PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

...

Baca lagi...

PENGURUSAN HOSPITAL


Pengurusan Hospital Putrajaya diterajui oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawal penggunaan sumber manusia, kewangan, peralatan dan kemudahan secara optimum bagi memenuhi keperluan hospital. Jabatan ini terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut:

  1. Bahagian Pentadbiran
  2. Bahagian sumber manusia
  3. Bahagian kewangan dan hasil
  4. Unit Perolehan dan Pembangunan
  5. Unit Perhubungan Awam


Bahagian Pentadbiran

Bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44. Secara amnya, Bahagian Pentadbiran bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am, surat-menyurat, fail, pengangkutan, kemudahan penginapan kuarters, pengurusan pejabat dan aspek-aspek keselamatan hospital. Bahagian ini terbahagi kepada unit-unit seperti berikut:

  1. Unit Pentadbiran Am
  2. Unit Aset dan Stor
  3. Unit Keselamatan
  4. Unit Pengurusan Hal-Ehwal Islam


Bahagian Sumber Manusia dan Latihan

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 dan dibantu oleh dua orang Pembantu Tadbir Kanan N22 dan Pembantu Tadbir N22 (KUP) serta tujuh orang Pembantu Tadbir N17.

Bahagian Sumber Manusia (BSM) menguruskan pelbagai fungsi iaitu urusan Perkhidmatan kakitangan, Perjawatan, Human Resources Management Information System (HRMIS), Tatatertib dan Pengurusan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).

Bahagian Kewangan dan Hasil

Fungsi bahagian ini adalah untuk menyelengara belanjawan seperti menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan membangun Hospital Putrajaya. Bahagian ini diketuai oleh seorang Akauntan dan diselaraskan oleh seorang Penolong Akauntan. Terdapat 29 Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab untuk tugas-tugas berikut:
1. Pembayaran gaji
2. Pembayaran perolehan
3. Tuntutan
4. Pembayaran untuk perkhidmatan kontrak

Bahagian ini juga berperanan untuk mengurus segala kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital dibawah Unit Hasil. Unit ini diketuai Penolong Akauntan W32 dan dibantu oleh dua penolong Akauntan W27 serta 21 pembantu tadbir.

Unit Perolehan dan Pembangunan

Unit ini mengendalikan semua perancangan dan pembangunan infrastruktur fizikal di hospital ini. Disamping itu, unit ini memproses pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan pesanan tempatan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir serta dua Pembantu Tadbir dalam unit ini.

Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan

Unit Perhubungan Awam Hospital Putrajaya diwujudkan bagi mengendalikan dan menyelesaikan aduan awam oleh pelanggan – pelanggan Hospital. Di samping itu, Unit ini juga berfungsi mengendalikan urusan lawatan dalam dan luar negeri ke Hospital Putrajaya, Urusan Penggambaran, Urusan Pelancaran dan Perasmian, Urusan Logistik dan Kelancaran PABX serta urusan perpustakaan.

 

TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL
Dr. Hj. Muhd Siv Azhar Merican bin Abdullah
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

TIMBALAN PENGARAH(PERUBATAN)
Dr Hariati Binti Jamil

TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN)
Hajah Noor Hayati Binti Hj. Amin
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Attachments:
File Description
Download this file (POSTING ELEKTIF KKM1.pdf)POSTING ELEKTIF KKM POSTING ELEKTIF KKM

  Logo Rasmi KKM Utamakan Kesihatan 02msc-logo mysejahtera-vector-logo