Pengenalan
Jabatan Dietetik & Sajian terdiri daripada dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian Makanan.
Perkhidmatan Dietetik merangkumi Terapi Pemakanan Perubatan (MNT) dan kaunseling pemakanan kepada pesakit oleh Pegawai Dietetik.
Perkhidmatan sajian membekalkan hidangan pesakit kepada semua pesakit dalam dengan menawarkan perkhidmatan secara outsource, menguruskan ration malam dan ration kering kepada anggota bertugas malam/anggota dewan bedah serta memantau sajian makanan kepada pesakit, paramedik di Dewan Bedah dan Pegawai Perubatan Atas Panggilan. Pemantauan akan dilakukan oleh Pegawai/Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
Pengagihan makanan akan dijalankan secara berpusat dan proses pembersihan akan dilakukan di dapur utama.
Misi & Visi
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan sajian makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan misi dan visi Hospital Putrajaya serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah kualiti berterusan.
Objektif :
- Untuk memastikan diet normal dan teraputik dibekalkan mengikut pesanan kepada pesakit dalam termasuk Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR), Obstetrik & Neonates (ONN) blok, pesakit rawatan harian (daycare) dan pesakit hemodialisis.
- Untuk memastikan sajian makanan dibekalkan kepada doktor bertugas atas panggilan dan paramedik di dewan bedah mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan khidmat medical nutrition therapy bagi oral diet serta nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
- Untuk memberi latihan praktikal katering dan internship dietetik kepada pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
SKOP & PERKHIDMATAN
Pelanggan kami terdiri daripada:-
a) Dietetik Klinikal
- Semua pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh pakar/pegawai perubatan
- Pesakit awam yang mendaftar dalam sebarang program yang dianjurkan oleh pihak hospital
- Anggota yang dirujuk oleh doktor
- Ceramah Pemakanan
PERKHIDMATAN KAMI:
DIETETIK
- Pesakit Dalam
- Pesakit Luar (HARI KLINIK DIETETIK – (Isnin -Khamis : 8.30 pg – 1.00 tghari)--Klinik Obesiti
- Klinik VLCD
- Kelas Antenatal / Hemodialisis / Diabetik
- Ceramah pemakanan
JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR
Perkhidmatan Pesakit Luar |
Hari |
Masa |
Klinik Pesakit Luar |
Isnin-Khamis |
8.30 pagi - 1.00 petang 2.30 petang – 4.30 petang |
Klinik Obesiti |
Selasa (Minggu 1 & 3) |
2.30 – 4.30 petang |
Klinik VLCD |
Setiap Selasa |
2.30 – 4.30 petang |
Obesity Support Group |
Selasa (Minggu 1 & 3) |
12.00 petang – 1.00 petang |
Type 1 Support Group |
Rabu (Minggu 1) |
12.00 petang – 1.00 petang |
Klinik Type 1 DM |
Rabu (Minggu1) |
2.30 petang – 4.30 petang |
Hemodialysis |
Selasa (Minggu 1) |
9.00 pagi – 12.00 petang |
b) Perkhidmatan Makanan
- Pesakit dalam
- Pesakit rawatan harian
- Pesakit hemodialisis
- Pegawai perubatan atas panggilan
- Anggota bertugas malam
- Paramedik di dewan bedah
- Pesakit di wad bersalin
- Pesakit di Blok Obstetrik and Neonates (ONN)
- Pesakit di Pusat Bersalin Berisiko Rendah
PERKHIDMATAN MAKANAN
Perkhidmatan makanan pesakit di Hopital Putrajaya merupakan hospital kedua di Kementerian kesihatan Malaysia di mana perkhidmatan makanan dioutsourcekan kepada syarikat luar. Syarikat yang telah dilantik bertanggungjawab menyediakan sajian makanan yang memenuhi keperluan nutrisi kepada pesakit. Syarikat juga perlu memastikan penyediaan makanan mematuhi prinsip penyediaan makanan yang bersih, selamat dan berkualiti sejajar dengan teknologi terkini. Setiap pesakit di wad akan dihidangkan dengan empat kali sajian makanan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam dengan mengamalkan prinsip tanpa kelas (classless). Hospital Putrajaya telah mendapat persijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) and Good Manufacturing Practices (GMP) pada Disember 2016.
WAKTU HIDANGAN MAKANAN
Jenis Hidangan |
Waktu Hidangan |
Sarapan |
7.00 pagi – 8.00 pagi |
Makan Tengahari |
12.00 tengahari – 1.00 petang |
Minum Petang |
3.00 petang – 4.00 petang |
Makan Malam |
6.00 petang – 7.00 malam |