Pengenalan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Putrajaya menyediakan perkhidmatan peri-operatif dan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit bukan sahaja dari Putrajaya, dan Lembah Klang, tetapi dari seluruh negara, kerana Hospital Putrajaya merupakan Pusat Rujukan untuk pembedahan Payu Dara dan Endokrin.
Visi
Visi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi rawatan pembiusan, perkhidmatan Intensif, rawatan kesakitan dan semua yang berkaitan komuniti, dengan menggabungkan pelbagai disiplin klinkal yang lain di hospital ini secara holistik dan insani dengan pesakit sebagai fokus selaras dengan konsep hospital Putrajaya sebagai Hospital Bebas Kesakitan dan pusat rujukan Endokrin serantau.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan pembiusan, rawatan intensif, dan juga perkhidmatan berkaitan yang berkualiti selaras dengan taraf penjagaan yang ditetapkan
- Meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit dan juga penjaga tentang pembiusan dan peranan Doktor Bius dalam rawatan dan pemulihan pesakit.
- Mengadakan “ Continuous Professional Development” untuk staf di jabatan termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan, kerana kami percaya bahawa aktiviti CPD ini akan menyumbang kepada penjagaan pesakit yang lebih berkualiti dan cermerlang.
- Menggalakkan semangat kerja berpasukan secara profesional antara staf di dalam jabatan .
- Mengadakan aktiviti peningkatan kualiti supaya dapat mejadi alat untuk meningkatakan taraf perkhidmatan jabatan .
- Menggalakkan dan mempromosikan penyelidikan klinikal
Skop perkhidmatan
- Pembiusan untuk pembedahan elektif dan juga kecemasan
- Klinik Anestesia untuk penilaian pesakit sebelum pembedahan
- Perkhidmatan Epidural untuk pesakit obstetrik di dewan bersalin
- Perkhidmatan kesakitan akut (APS) untuk menangani kesakitan selepas pembedahan
- Memberi rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi
- Perawatan anestesia untuk pesakit dari Unit Rawatan Harian
1.Perkhidmatan Pembiusan
Jabatan Anestesia dan Rawatan Intensif menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk membantu prosedur –prosedur dari pelbagai disiplin pembedahan di Hospital Putrajaya.
Kompleks Dewan Bedah terdiri daripada sembilan bilik pembedahan yang dilengkapi dengan peralatan pembiusan yang moden dan terkini serta rekod perubatan elektronik.
2.Klinik Anestesia
Klinik Anestesia menyediakan konsultasi dalam mengoptimumkan keadan pesakit dari semua
Klinik Anesthesi menyediakan konsultasi pembiusan sebelum pembedahan dalam mengoptimumkan keadaan pesakit dari pelbagai disiciplin pembedahan degan bertambahnya permintaaan terhadap penjagaan kesihatan semasa pembedahan. Ianya terletak di aras satu bangunan utama searas dengan dewan pembedahan dan juga unit rawatan rapi. Konsultasi disediakan oleh pakar Bius, pegawai perubatan dan juga Jururawat Terlatih.
Untuk Rujukan daripada ‘primary team’, Klinik anesthesia menyediakan penilian meyeluruh kepada pesakit dan jugak berkerjasama dengan disciplin-disiplin medical mahupun pemebedahan yang lain untuk konsultasi dan penilian sebelum pembedahan dijalankan dan ini telah membantu dalam menurunkan kadar pembatalan Kes.
JADUAL KLINIK
DAY |
AM |
PM |
|
|
|
|
|
|
3.ObstetrikAnaestesia
Dewan Bedah kami terletak di aras satu berdekatan dengan dewan bersalin, Unit rawatan Neonatal, Unit rawatan rapi( ICU) dan unit rawatan harian. Terdapat bilik pembedahan obstetrik yang beroperasi setiap hari dari 8pagi hingga 5 petang .
Perkhidmatan akut obstetrik
Perkhidmatan akut obstetrik adalah sebahagian daripada rawatan kesakitan akut di Hospital Putrajaya. Seoring Pakar pembiusan dan pegawai perubatan berserta Jururawat terlatih sentiasa bersedia dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada peskait-pesakit. Pesakit Obstetrik menerima “ labour analgesia” yang terdiri daripada ‘epidural” yang diberikan diatas permintaan ataupun rujukan pihak Obestetrik.
4.Perkhidmatan Kesakitan Akut
Perkhidmatan Kesakitan Akut menyediakan perkhidmatan dalam menangani kes kesakitan selepas pembedahan . Ia adalah perkhidmatan yang teratur di mana terdapat Pakar Bius, Pegawai Perubatan dan juga Jururawat Terlatih , yang mengkhusus dalam bidang kesakitan akut. Unit ini terletak bersebelahan Unit Rawatan Rapi.
Pesakit umumnya dipilih daripada senarai pembedahan elektif dan juga kecemasan. Perkhidmatan ini beroperasi 24jam sehari dan dikendalikan oleh Pakar Bius, Pegawai Perubatan and Jururawat Terlatih.
Pesakit dinilai dan diperiksa secara kerap untuk memastikan bahawa mereka menerima ubat tahan sakit yang mencukupi dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Borang pemerhatian pesakit juga diteliti dan data dimasukkan ke dalam rekod maklumat pesakit.
5.Unit Rawatan Rapi
Ia adalah Unit Rawatan Rapi yang meliputi pelbagai disiplin, terletak di aras satu dan dilengkapi dengan 11 katil. Unit ini diketuai oleh Konsultant dan Pakar Bius yang berpengalaman luas dan dibantu oleh pegawai-pegawai perubatan. Perkhidmatan 24jam disediakan dan perlaksanaannya dibantu oleh jururawat-jururawat unit rawatan rapi dan pembantu pegawai perubatan yang terlatih untuk memastikan pesakit menerima perkhidmatan yang terbaik dan menepati tahap kualiti yang ditetapkan .
6.Unit Rawatan Harian
Jabatan anestesia juga menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk pesakit-pesakit dari unit rawatan harian yang terdiri daripada pelbagai disiplin pembedahan.
Latihan , penyelidikan dan penelitian di dalam jabatan
Jabatan Anesthesia dan Rawatan Rapi sangat berdedikasi dalam menyediakan peluang-peluang latihan dan penyelidikan berterusan yang menyeluruh dan dinamik kepada staf-staf kami.