Text Size

PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

...

Baca lagi...

PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

  • 8.JPG
  • Double bed.JPG
  • DSC_5725.JPG
  • DSC_5741.JPG
  • DSC_5851.JPG
  • DSC_8120.JPG
  • DSC_8218.JPG
  • fpp_fill.png
  • P24.JPG
  • Wad 5A (1).JPG
  • Wad 5A (2).JPG
  • ward1.jpg

Perkhidmatan/Rawatan Pakar Yang Ditawarkan Melalui Skim FPP 
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Pesakit Dalam
  • Rawatan Harian
 
 Skop Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pembedahan Am
  • Perubatan Am
  • Obstetrik & Ginekologi
  • Ortopedik (termasuk kaki dan buku lali)
  • Oftalmologi
  • Pediatrik
  • Anestesiologi
  • Otorinolaringologi (Telinga, HIdung dan Tekak)
  • Pergigian / Pembedahan mulut
  • Psikiatri
  • Endokrinologi (Pediatrik dan dewasa)
  • Pembedahan Endokrin
  • Pembedahan Endoskopi Ginekologi
  • Pembedahan spina
  • Rinologi dan Perubatan Tidur Minimum
  • Patologi dan Pengimejan DiagnostikPatology and Diagnostic Imaging
  • Pembedahan Plastik & Rekonstruktif
 Bagaimana Untuk Mendapatkan Perkhidmatan FPP
  • "Walk in" atau mendapatkan maklumat di Kaunter FPP
  • Dirujuk oleh doktor perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta
  • E-mel ke alamat berikut untuk maklumat FPP: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
  • Hubungi nombor 03-83124371/4372 untuk sebarang pertanyaan 
 
Masa Pendaftaran/Rawatan

Hari bekerja (7:30 pagi – 4:30 petang) 

 
Pendaftaran FPP
Untuk mendaftar pesakit perlu membawa dokumen berikut:-
  • Kad Pengenalan/Surat beranak/Visa/Pasport
  • Surat jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini.
  • Deposit
  • Surat rujukan/ Kad Temujanji (Sekiranya berkaitan)
  • Buku antenatal dari Klinik Kesihatan Kerajaan
  
 Menu Diet Untuk Pesakit FPP
 Pesakit FPP akan dihidangkan dengan menu sedia ada di Wad Kelas Pertama.
 
 **Makluman:
 Pesakit yang memilih Skim FPP harus menandatangani Borang Persetujuan menyertai Skim FPP
Deposit 

 Pesakit dikehendaki membayar deposit mengikut kadar berikut:

 

 Klik Di Sini 

 
 
 
 

 

Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) 
  • Melalui perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang diperkenalkan pada tahun 2007, pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan pesakit sendiri serta mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di Hospital Putrajaya.
  • Semua pesakit FPP akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan oleh pakar perubatan pada harga yang kompetitif.
  • Polisi hospital termasuklah waktu melawat, larangan melawat ke atas kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah hendaklah dipatuhi oleh semua pesakit FPP.
 
Faedah Kepada Pesakit
  • Memilih pakar yang dikehendaki
  • Menikmati kemudahan seperti Wad Kelas Pertama dan Eksekutif
 
Syarat Untuk Menjadi Pesakit FPP
Bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan

 

 
Siapakah Yang Layak Untuk Menjadi Pesakit FPP
  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Kakitangan kerajaan yang memilih skim FPP
  • Kakitangan sektor korporat / swasta di mana majikan /organisasi mereka bersetuju untuk menanggung perbelanjaan perubatan.

Caj-Caj Hospital

Pesakit dikehendaki untuk mengemukakan bayaran untuk pendaftaran dan konsultasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah;

Jenis Kes

Waktu Klinik 8pagi-5petang

Selepas Waktu Klinik

Baru

Ulangan

Baru

Ulangan

Pendaftaran

RM 10

Tiada Caj

RM 10

Tiada Cas

Konsultasi

RM 100

RM 60

RM 150

 RM 90

 

Caj Untuk Pendaftaran Dan Konsultasi Untuk Pesakit Rawatan Harian

 

Caj

Waktu Klinik

Selepas Waktu Klinik

Pendaftaran

RM 10

RM 10

Konsultasi

RM 60

RM 120

Konsultasi Untuk Rawatan Rapi

RM 90

RM 180

 

Bayaran Katil Untuk Pesakit Dalam

 

Kelas

Perubatan/Pembedahan/Obstetrik dan Ginekologi

 Eksekutif (satu katil/dua katil)

 RM 300 sehari

 Kelas Pertama(satu katil)

 RM 160 sehari

 Kelas Pertama(dua katil)

 RM 130 sehari

 Kelas Pertama(empat katil)

 RM 80 sehari

 

Caj katil Untuk Unit Rawatan Rapi

 

Daily Care Bed Each Case

 RM 70 sehari

Critical / Intensive Care bed

 RM 400 sehari (maks 14 hari)

Coronary Care bed

 RM 400 sehari (maks 14 hari)

Neo Natal Intensive Care bed

 RM 200 sehari (maks 14 hari)

Priority Interest Care bed

 RM 160 sehari (maks 14 hari)

 

Lain-Lain Caj

 

 Dewan Bedah

 RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya

 Dewan Bersalin

 RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya

 

Pertikaian Pembayaran

  • Sebarang pertikaian ke atas pembayaran perlu secara bertulis sekiranya penjelasan lisan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, pesakit perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu. Pertikaian yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Malaysia. Bayaran balik hanya akan dibuat setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Malaysia diterima.
 

Pengecualian bayaran

  • Tiada pengecualian bayaran di bawah skim FPP
 

**Makluman: 

  • Pesakit yang telah bersetuju dengan skim FPP perlu membuat bayaran sebelum preskripsi ubat dibuat atau sebelum temujanji diberi untuk rawatan ulangan
  • Resit pembayaran akan dikeluarkan selepas semua bil dibayar.
 

Penamatan Dari Skim FPP

  • Sekiranya tiada deposit tambahan diterima pada pukul 12 tengahari pada hari esoknya selepas menerima surat peringatan, pesakit FPP itu tidak lagi berhak untuk mendapatkan perkhidmatan FPP.
  • Mana-mana pesakit FPP yang dimasukkan ke Wad Eksekutif bagi perkhidmatan FPP akan dipindahkan ke Wad Pertama untuk perkhidmatan awam.
 

 

Attachments:
File Description
Download this file (Brochure BI - FPP.pdf)Borang Berhenti FPP Borang Berhenti FPP_2020
Download this file (Brochure BI - FPP.pdf)Borang Setuju Terima Perkhidmatan FPP Borang Setuju Terima Perkhidmatan FPP_2020
Download this file (Brochure BI - FPP.pdf)Brochure BM - FPP.pdf Brochure BM - FPP.pdf
Download this file (Brochure BI - FPP.pdf)Brochure BI - FPP.pdf Brochure BI - FPP.pdf
Pencapaian HPj
MSQH-Accredited-Hospital  babyfriendly  mysms 
 Akreditasi MSQH
 Rakan Bayi
Anugerah Kreatif
mySMS

  Logo Rasmi KKM Utamakan Kesihatan 02msc-logo mysejahtera-vector-logo