1. Di manakah lokasi Hospital Putrajaya?
Hospital Putrajaya terletak di Presint 7, Putrajaya dan berhampiran
dengan Putrajaya Sentral.
2. Berapakah bilangan dan senarai klinik yang terdapat
di Hospital Putrajaya?
Hospital Putrajaya merupakan pusat kepakaran bagi
endokrinologi, pembedahan payudara dan endokrin. Berikut
adalah senarai tujuh (7) klinik yang terdapat di Hospital Putrajaya:
• Klinik Tekak,Hidung dan Telinga (ENT),
• Klinik Mata,
• Klinik Perubatan,
• Klinik Ortopedik,
• Klinik Pembedahan,
• Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G), dan
• Klinik Pediatrik.
3. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan
menjalani latihan industri di Hospital Putrajaya?
Permohonan lengkap daripada pelajar perubatan untuk membuat
latihan industri hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Hospital
Putrajaya dengan memenuhi syarat dan dokumen seperti berikut:
3.1. Surat Pengesahan daripada Institusi/Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) Awam atau Swasta tempatan;
3.2. Surat Permohonan Rasmi daripada pelajar (Nyatakan
nama, nombor kad pengenalan, tahun pengajian, tempoh
latihan yang diperlukan dan latihan industri yang dipohon);
3.3. Resume; dan
3.4 Permohonan yang lengkap perlulah dihantar kepada:
Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 7,
62250 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Latihan)
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu (1)
bulan sebelum latihan dijalankan dan permohonan yang lewat
tidak akan diproses.
4. Sekiranya saya berminat untuk memohon pekerjaan di
Hospital Putrajaya bagaimanakah caranya?
Urusan pengambilan dan perlantikan kakitangan awam adalah
dilakukan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia (SPA) termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekiranya tuan berminat untuk berkhidmat di mana-mana hospital
kerajaan termasuk di Hospital Putrajaya, tuan perlu mengisi
Borang SPA8 secara dalam talian di laman web www.spa.gov.my.
5. Bagaimanakah caranya untuk pesakit mendapatkan rawatan
atau membuat temujanji pemeriksaan di Hospital Putrajaya?
Hospital Putrajaya (HPj) adalah merupakan hospital rujukan. Bagi
mendapatkan perkhidmatan pakar di HPj, pesakit perlu
mendapatkan surat rujukan daripada mana-mana Hospital/Klinik
Kesihatan kerajaan ataupun swasta untuk dirujuk ke HPj. Pesakit
dikehendaki untuk membawa surat rujukan tersebut ke Kaunter
Pendaftaran Klinik Pakar Aras G untuk pendaftaran. Seterusnya,
pesakit akan dihantar ke klinik pakar yang berkaitan untuk
mendapatkan temujanji.
Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar dibuka pada setiap hari Isnin
hingga Jumaat, bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Sila
hubungi talian 03-83124313 (Klinik Perubatan) untuk sebarang
pertanyaan.
6. Bagaimanakah caranya atau prosedur untuk membuat
lawatan ke Hospital Putrajaya?
Organisasi yang ingin membuat lawatan ke Hospital Putrajaya
perlu mengemukakan surat permohonan kepada Pengarah
Hospital Putrajaya. Surat permohonan ini boleh dihantar
ke alamat:
Pengarah
Hospital Putrajaya,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 7,
62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Telefon : 03 - 83124200
No. Faks : 03 - 88880137
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
7. Apakah prosedur untuk melakukan derma darah?
Hospital Putrajaya tidak mempunyai Pusat Derma Darah. Namun
begitu, Pusat Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma
Darah di Hospital Putrajaya. HPj akan mengumumkan tarikh
kempen-kempen tersebut di laman web HPj dan Facebook HPj.
8. Bagaimanakah caranya untuk membuat pertukaran tarikh
temujanji oleh pesakit?
Pesakit boleh menghubungi terus Klinik Pakar yang berkaitan
sekiranya ingin membuat pertukaran tarikh temujanji. Nombor
telefon klinik-klinik pakar boleh dirujuk di belakang buku temujanji
pesakit dengan menghubungi talian 03-83124200 dan sambungan
ke klinik berkaitan seperti berikut:
Klinik Mata : 03-8312400 sambungan 8487/
03-83145562 emel (Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.)
Klinik ENT : 4314
Klinik Perubatan : 4313
Klinik Ortopedik : 4312
Klinik Pembedahan : 4311
Klinik Pediatrik : 4310
Klinik O&G : 4309
9. Adakah HPj menyediakan suntikan meningitis umrah dan ujian HIV?
Tidak. Suntikan meningitis umrah dan ujian HIV hanya disediakan
di Klinik Kesihatan.
10. Apakah kaedah lain untuk mengambil ubat jika tidak dapat
hadir ke kaunter Farmasi?
Pesakit boleh membuat permohonan pengambilan ubat selewat-
lewatnya 2 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan ubat mengikut
langkah-langkah berikut:
a) SMS (15888) / Telefon (03-83124247) / Emel
(Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.) butiran pesakit (Nama,
Nombor K/P, Tarikh dan Masa ubat akan diambil)
b) Pandu ke kaunter Pharmacy SMS Take N Go yang terletak
berhadapan dengan Jabatan Perubatan Nuklear
c) Maklumkan nombor kad pengenalan/MRN semasa di
kaunter untuk mengambil ubat yang diperlukan.
11. Adakah HPj menjalankan pemeriksaan Full Medical check-up?
HPj tidak menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan
(medical check-up). Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut
boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan.
12. Bagaimana caranya atau prosedur untuk bersalin di Hospital
Putrajaya dan berapakah caj yang dikenakan?
Bagi tujuan bersalin di HPj, pesakit tidak lagi dibenarkan untuk
membuat tempahan perkhidmatan bersalin. Jika pesakit
mengalami tanda-tanda untuk bersalin, pesakit dinasihatkan
untuk terus ke Dewan Bersalin. Walau bagaimanapun, kemasukan
ke wad adalah tertakluk kepada kekosongan wad pada hari
pesakit dijangka bersalin. Sekiranya pihak kami tidak dapat
memberi perkhidmatan kepada pesakit, pesakit akan dirujuk ke
hospital lain setelah mengambil kira faktor keselamatan dan
keadaan pesakit.
Berikut adalah caj bersalin di Hospital Putrajaya:
KATEGORI |
WARGANEGARA |
WARGA ASING (berkuatkuasa 01/01/2016) |
Bersalin Normal |
RM 450 |
RM 2593 |
Pembedahan (Ceaserean) |
RM 1200 |
RM 3021 |
Forcep / Vacum |
RM 600 |
RM 2593 |
Songsang |
RM 600 |
RM 2593 |
D&C (ERPOC) |
RM 150 |
RM 1061 |
13. Adakah HPj menyediakan perkhidmatan van shuttle bagi
memudahkan urusan pelanggan di Hospital Putrajaya?
Ya, perkhidmatan van shuttle disediakan secara percuma untuk
kegunaan semua pesakit dan pelanggan daripada Putrajaya
Sentral ke Hospital Putrajaya. Perkhidmatan ini disediakan setiap
30 minit dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.00 pagi
hingga 6.00 petang.
Perkhidmatan ini adalah merupakan inisiatif bagi mengurangkan
masalah tempat letak kereta yang berlaku di HPj kini. Para
pelanggan HPj boleh meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral
yang menyediakan perkhidmatan parkir berbumbung (Park &
Ride) dan menaiki van shuttle untuk ke HPj.
14. Apakah prosedur pendaftaran pesakit/pelanggan sebelum
waktu temujanji?
Hospital Putrajaya telah mengambil langkah untuk melaksanakan
pendaftaran 30 minit sebelum waktu temujanji. Tujuan
pelaksanaan ini adalah seperti berikut:
a) Memastikan pendaftaran pesakit dilakukan dalam masa 30
minit sebelum masa temujanji yang telah ditetapkan oleh
klinik pakar. Ini bagi memastikan setiap pesakit hadir
mengikut masa temujanji yang telah dijadualkan.
b) Pendaftaran yang dilakukan di samping menjadi
penyumbang kepada kesesakan di kaunter pendaftaran dan
klinik pakar.
c) Sistem pendaftaran 30 minit sebelum waktu temujanji
adalah diharapkan akan memberi impak yang positif dalam
pengendalian pesakit di klinik-klinik pakar terutama dalam
mengurangkan masa menunggu untuk mendapatkan
rawatan.
15. Adakah kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan
melawat pesakit di wad?
Tidak, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dilarang untuk
melawat pesakit di wad. Larangan ini bertujuan untuk
mengelakkan daripada berlakunya jangkitan silang (cross
infection). Peraturan ini juga dikuatkuasakan bagi menghormati
pesakit-pesakit lain di wad.