Text Size

FULL PAYING PATIENT (FPP)

...

Read more...

POLISI KEBENARAN PENJAGA DAN PELAWAT DI HOSPITAL PUTRAJAYA

PENEMAN/PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD BUKAN COVID-19
(WAD PERUBATAN, WAD PEDIATRIK, WAD PEMBEDAHAN, WAD OBSTETRIK & ICU

  • KRITERIA PENEMAN / PENJAGA PESAKIT DALAM
    • Berumur 12 tahun ke atas dan lengkap divaksinasi COVID-19.
    • Ujian RTK-Ag kendiri dilakukan dalam masa 24 jam (pre arrival) dan disahkan NEGATIF sebelum dibenarkan menemani pesakit. Keputusan tersebut harus dibawa bersama.
    • Mematuhi SOP dan memakai PPE yang ditetapkan.
    • Tidak tergolong dalam golongan berisiko tinggi (spt bukan PUI/PUS/bergejala/kontak rapat/berisiko dijangkiti COVID-19, warga tua, pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah).
    • Mengisi Borang Persetujuan & Pemahaman Risiko Jangkitan COVID-19 Bagi Penjaga Pesakit di wad.
    • Individu yang menemani ibu mengandung semasa proses bersalin & Wad Obstetrik, perlu ujian saringan COVID-19 RTK-Ag kendiri yang disahkan NEGATIF.
  • Tambahan Kriteria Peneman / Penjaga Bagi Pesakit Luar / Jabatan Kecemasan / Unit Rawatan Harian
    • Hanya 1 orang penjaga sahaja dibenarkan bagi pesakit bukan COVID-19, Ujian RTK-Ag Kendiri adalah digalakkan.
  •  Status pesakit yang boleh ditemani:
    • Semua golongan Pesakit di Wad Bukan COVID-19, ICU
    • Ibu semasa dalam proses bersalin & Wad Obstetrik
  • Jururawat akan memberikan orientasi wad kepada penjaga menerusi Garis Panduan bagi Penjaga Pesakit di Hospital Putrajaya serta menandatangani Borang Persetujuan & Pemahaman Risiko Jangkitan COVID-19 bagi Penjaga Pesakit. 
  • Borang Permohonan Pas Penjaga diisi dan diserahkan kepada Kaunter Pengawal untuk mendapatkan Pas Penjaga.
  • Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit.
  • Sekiranya perlu bertukar penjaga, carta alir yang sama perlu diulangi semula.
  • Sekiranya penjaga meninggalkan kawasan hospital > 24jam, penjaga perlu melakukan kembali ujian RTK-Ag Kendiri dan menunjukkan keputusan sebelum dibenarkan meneman pesakit semula.

 

PENEMAN / PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD COVID-19

  • KRITERIA PENEMAN / PENJAGA PESAKIT DALAM
    • Berumur 16 tahun ke atas dan lengkap divaksinasi COVID-19.
    • Ujian RTK-Ag Kendiri dilakukan dalam masa 24 jam (pre arrival) dan disahkan NEGATIF sebelum dibenarkan menemani pesakit. Keputusan tersebut harus dibawa bersama.
    • Mematuhi SOP dan memakai PPE yang ditetapkan serta menghadkan pergerakan di dalam wad dan hospital.
    • Tidak tergolong dalam golongan berisiko tinggi (spt bukan PUI/PUS/bergejala/kontak rapat/berisiko dijangkiti COVID-19, warga tua, pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah).
    • 1 orang Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit.
  • Status pesakit yang boleh ditemani: 
    • Pesakit tenat (end of life) dan kritikal,
    • Pesakit yang kurang upaya / memerlukan bantuan komunikasi,
    • Pesakit kanak-kanak,
    • Terhad kepada 2 orang pelawat sahaja pada satu masa, ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag Kendiri adalah digalakkan sebelum lawatan.
  • Jururawat akan memberikan orientasi wad kepada penjaga menerusi Garis Panduan bagi Penjaga Pesakit di Hospital Putrajaya serta menandatangani Borang Persetujuan & Pemahaman Risiko Jangkitan COVID-19 bagi Penjaga Pesakit.
  • Borang Permohonan Pas Penjaga diisi dan diserahkan kepada Kaunter Pengawal untuk mendapatkan Pas Penjaga.
  • Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit.
  • Penjaga diwajibkan untuk menjalankan ujian RTK-Ag Kendiri (tanggungan sendiri) sebelum pesakit dibenarkan discaj atau jika bergejala ketika meneman di dalam wad.
    •  Sekiranya perlu bertukar penjaga, carta alir yang sama perlu diulangi semula.
    • Sekiranya penjaga meninggalkan kawasan hospital >24jam, penjaga perlu melakukan kembali ujian RTK-Ag Kendiri dan menunjukkan.

 

PELAWAT PESAKIT DI DALAM WAD

 PELAWAT HADIR PADA WAKTU MELAWAT YANG DITETAPKAN SAHAJA

  • Setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat)
    • 12.30 petang – 2.00 petang
    • 4.30 petang – 7.00 petang
  • Hari Sabtu & Ahad, termasuk cuti am
    • 12.30 petang – 7.00 petang
  • Terhad kepada 2 orang pelawat sahaja pada satu masa di Wad Selain COVID-19 dan Wad COVID-19, ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag Kendiri adalah DIGALAKKAN sebelum lawatan.
  • Kebenaran untuk > 2 orang pelawat pada satu masa adalah bergantung kepada status pesakit dan kebenaran dari wad berkenaan.

 

 

Penafian:

Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab sekiranya penjaga / peneman dijangkiti COVID-19 semasa keberadaan di dalam wad atau hospital. Pihak hospital boleh melakukan pengubahsuaian kepada polisi sedia ada jika berlaku peningkatan kes COVID-19 bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak di dalam hospital.

  

 (Pindaan 16 Disember 2022).

  Logo Rasmi KKM Utamakan Kesihatan 02msc-logo mysejahtera-vector-logo