Jumaat, April 18, 2014
Text Size

Quality

QUALITY

PENGENALAN UNIT KUALITI

Unit Kualiti mula ditubuhkan pada Disember 2004 bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan peningkatan Aktiviti-Aktiviti Kualiti (QA/QI).  Bermula Januari 2005, Sekretariat Kualiti mula berfungsi sepenuhnya iaitu menyelaras sebanyak 11 Aktiviti Peningkatan Kualiti dan seterusnya kini merupakan Pusat Rujukan dalam memberi maklumat kepada semua warga Hospital Putrajaya. Jumlah aktiviti kualiti kian meningkat dari tahun ke tahun seperti di Jadual 1. Di antara aktiviti-aktiviti yang dipantau adalah NIA/KPI, Incident Reporting, POMR, dan MS ISO, Patient Satisfaction, Infection Control, CPG, CME, CNE, OSHA, KMK, Latihan, Budaya Korperat, Pengurusan Aduan,  IT dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Pada awal Januari 2010 penyelarasan  aktiviti-aktiviti kualiti telah dijalankan. Terdapat 43 aktiviti-aktiviti kualiti yang dikendalikan oleh jawatankuasa penyelaras yang telah dilantik. Pembentangan aktiviti kualiti telah dibuat secara berperingkat semasa Mid Term Review 2010 dan  Mesyuarat Khas Pembentangan NIA/KPI Januari 2011.

1. NIA(NATIONAL INDICATOR APPROACH & KPI (KEY PERFORMANCE INDICATOR)

1.1  Pengenalan

National Indicator Approach (NIA)  merupakan satu daripada pendekatan yang diterapkan dalam Program Quality Assurance, KKM di mana indikator dan piawai diwujudkan untuk mengukur dan memantau tahap kualiti beberapa aspek perkhidmatan. Indikator ini dipantau di Peringkat Kebangsaan dan sekiranya berlakunya  shortfall in Quality (SIQ), siasatan akan dilakukan di Peringkat Hospital untuk mengenalpasti punca berlakunya SIQ tersebut.

1.2  Pengenalan Kepada KPI

Key Performance Indicator (KPI) merupakan salah satu daripada pendekatan baru yang diterapkan dalam Program Quality Assurance, KKM di mana indikator dan piawai diperluaskan untuk mengukur dan memantau tahap kualiti beberapa aspek perkhidmatan termasuk aspek Non-Clinical seperti produktiviti dan pengurusan kewangan. Ia adalah salah satu faktor yang penting dalam pencapaian sesuatu organisasi. Indikator ini juga dipantau di Peringkat Kebangsaan.

Dari bulan  Julai sehingga Disember 2010 sebanyak 48  indikator NIA dan 80  indikator KPI dipantau di peringkat Hospital Putrajaya. Beberapa indikator NIA sama dengan indikator KPI. Terdapat 3 KPI YBMK turut di pantau iaitu 2 dari Jabatan Kecemasan & Trauma dan 1 dari semua jabatan yang terlibat dengan  kes-kes  pembedahan ia itu Operation Cancellation Rate. Jumlah Indikator NIA yang dipantau bagi tahun 2011 masih sama ia itu 48 dan KPI sebanyak 81 indikator.

 

2. POMR (PERI-OPERATIVE MORTALITY REVIEW)

2.1 Pengenalan

POMR  merupakan kajian di peringkat kebangsaan untuk /mengenalpasti  faktor-faktor  yang menjurus kepada kadar mortaliti dalam tempoh pesakit berada di hospital dan yang  menjalani pembedahan. Kajian ini  bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti penjagaan pesakit dari semasa ke semasa.

2.2   Objektif Spesifik POMR

  •  Melihat aspek yang spesifik dalam rawatan surgikal dan anaestetik:-

I.    Diagnosis pra-pembedahan, penilaian dan resusitasi

II.   Rawatan intra-operative, kemahiran teknikal dan prosedur yang berseuaian

III.  Rawatan selepas pembedahan

  • Melihat dari sudut sokongan infrastruktur dan logistik contohnya bank darah, pusat radiologi dan juga pengangkutan yang mempunyai hubung kait dengan khidmat dewan bedah
  • Untuk mengenalpasti kekurangan dalam mutu khidmat delivery bagi perkhidmatan anaestesia dan surgical.

 

3.  INCIDENT REPORTING

3.1 Pengenalan

Incident Reporting juga dikenali sebagai  event monitoring atau occurrence reporting. Ia merupakan aktiviti utama dalam pengurusan Quality Assurance. Pihak staf yang terlibat dalam aktiviti kualiti dikehendaki membuat laporan insiden yang berlaku bagi mengenalpasti kelemahan dan punca kejadian dalam sistem penjagaan kesihatan kepada pesakit.  Oleh yang demikian, institusi hospital harus mengambil langkah-langkah pencegahan dan  penambahbaikan yang proaktif bagi mengelakan insiden berlaku  atau berulang.  Kadar peningkatan insiden perlu dibendung bagi menjamin keselamatan pesakit, waris dan anggota  di samping meningkatkan mutu perawatan dan perkhidmatan dan seterusnya dapat  menjaga nama baik atau imej sesebuah hospital.

3.2 Objektif

Untuk memastikan setiap insiden yang berlaku di Hospital Putrajaya dilapor, disiasat serta tindakan pembetulan dan pencegahan diambil dengan secepat mungkin untuk mengelakkan insiden-insiden tersebut daripada berulang.

Ø  Memastikan bagi kejadian kes yang dilaporkan, tindakan remedial diambil selaras dengan kejadian yang berlaku supaya kejadian tidak berulang.

Ø  Menjalankan kajian bagi peningkatan kes yang dilaporkan, supaya penyelesaian masalah dan penambahbaikan dapat dijalankan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan mengikut kepuasan pelanggan.

Ø  Memastikan laporan Incident Reporting direkod dan disimpan secara sulit.

Ø  Menyimpan statistik kejadian Incident Reporting peringkat Hospital Putrajaya dan laporan tersebut akan dihantar ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

4.  JAWATANKUASA MS ISO 9001:2008
HOSPITAL PUTRAJAYA

 

4.1  Pengenalan

Hospital Putrajaya telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001 bermula dari tarikh 25 November 2005 hingga 24 November 2008. Pada tahun 2008, sekali lagi hospital ini telah menjalani pengauditan semula dan telah dianugerahkan sijil pengiktirafan bermula dari tarikh  30 Oktober 2008 hingga 29 Oktober 2011 iaitu selama 3 tahun. Pada tarikh 29 dan 30 September 2010 audit pematuhan telah dijalankan oleh auditor luaran dan sekali lagi Hospital Putrajaya telah berjaya melaluinya dengan cemerlang tanpa sebarang ketakakuran.

 

Pengiktirafan MS ISO 9001  yang diperolehi membuktikan hospital ini sentiasa memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan. Pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan sentiasa konsisten.

Kursus kesedaran MS ISO 9001  peringkat Hospital Putrajaya diadakan dua kali setahun agar kakitangan sentiasa sedar tentang kepentingan mengekalkan kualiti perkhidmatan. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dihadiri oleh semua Ketua Jabatan diadakan 2 kali setahun untuk menilai perkhidmatan dan melakukan  penambahbaikan jika ada. Audit dalaman juga dilakukan oleh auditor yang dilantik oleh pihak hospital bagi memastikan setiap jabatan atau unit sentiasa patuh kepada pengurusan kualiti yang ditetapkan. Setiap jabatan atau unit perlu mewujudkan objektif kualiti masing-masing agar penganalisaan kepada perkhidmatan yang diberikan dapat dilakukan bagi membuktikan tahap kualiti yang ditetapkan telah dicapai dengan jayanya.

Jawatankuasa MS ISO 9001  telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala aktiviti-aktiviti berkaitan ISO berjalan lancar. Jawatankuasa ini di bawah penaung Pengarah Hospital sendiri dan Wakil Pengurusan adalah Pakar Perubatan. Timbalan Wakil Pengurusan mewakili 4 bahagian iaitu kejururawatan, pengurusan, klinikal dan sokongan klinikal serta penyelenggaraan. Ketua Audit Dalam bertanggungjawab memastikan audit dalaman dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun serta Pengawal Dokumen ditugaskan untuk mengawal segala dokumen dibawah sistem kualiti.

4.2  Perancangan:

Antara aktiviti yang akan diadakan sehingga hujung tahun ini adalah Kursus Kesedaran ISO 9001:2008 kepada kakitangan baru hospital. Selain itu, Kursus Audit Dalaman dan taklimat pencegahan serta penambahbaikan adalah dalam perancangan bagi memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti Hospital Putrajaya.

 

5.   UNIT KAWALAN INFEKSI HOSPITAL PUTRAJAYA

5.1  Pengenalan

Jawatankuasa Kawalan Infeksi adalah  bertanggungjawab  dalam merancang  dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Kawalan Infeksi di hospital. Program  dan Aktiviti Unit Kawalan Kawalan Infeksi dijalankan secara berterusan setiap tahun ia itu dengan memberi  latihan dan orientasi kepada semua anggota kerja yang lama dan yang baru melapor diri termasuk Houseman. Latihan dan orientasi diberikan  bertujuan  untuk memberi pengetahuan dan kemahiran  bagi mengurangkan kadar jangkitan nosokomial dan kecederaan tajam dikalangan anggota kerja. Secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan  kos rawatan  dan pengubatan pada pesakit serta  kes kecederaan tajam dan penyakit pekerjaan di kalangan anggota kerja.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab memastikan semua anggota  mematuhi  S.O.P. yang ditetapkan semasa melakukan prosedur kepada pesakit dan juga memastikan anggota bekerja dalam suasana yang selamat.

5.2  Di antara aktiviti – aktiviti yang  telah dijalankan bagi tahun 2010

  1. Kursus Kawalan Infeksi dijalankan  2 kali  setahun  iaitu pada bulan Mei dan December 2010.
  2. Melakukan Audit Hand Hygiene 4 kali setahun.
  3. Mengadakan Kempen Hand Hygiene pada 6 Julai hingga 7 Ogos 2010.
  4. Menjalankan Point Prevalance 2 kali setahun  pada bulan Mac dan September 2010.
  5. Memberi latihan berjadual cara penggunaan alat tajam seperti  penggunaan Vacutainer dan Vesofix (jarum) serta alatan di Dewan Bedah (suturing) untuk mengelakan jangkitan silang dan kes kecederaan tajam di samping memberi penekanan supaya mematuhi Standard Precaution.
  6. Pemberian Vaksin HINI dan Influenza.

 

 

 

6.   CREDENTIALING & PRIVILEGING

6.1  Pengenalan

Credentlaling adalah satu proses menetapkan keperluan (standard) dan membuat evaluasi terhadap kelayakan seseorang dalam bidang atau prosedur. Ianya merupakan pengiktirafan terhadap kelulusan dan latihan professional yang telah dilalui oleh seseorang pengamal perubatan. Privileges pula adalah kebenaran (the right) yang diberikan oleh pihak hospital untuk seseorang pengamal perubatan memberikan rawatan atau menjalankan prosedur terhadap pesakit di hospital berkenaan berdasarkan kelayakan latihan, pengalaman dan kecekapan beliau.

Aktiviti Credentialing & Privileging telah dilancarkan pada tahun 2001 berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan tujuan untuk memastikan bahawa pertugas kesihatan yang menjalankan prosedur itu cekap dan berkemampuan di dalam melakukan prosedur tersebut.

6.2  Aktiviti Credentialing & Privileging  2010

1.  Pemantauan dijalankan secara berterusan kepada kakitangan di setiap jabatan untuk membuat permohonan Credentialing dan Privileging.  Permohonan bagi memperbaharui Credentialing dan Privileging Peringkat Kebangsaan juga telah dijalankan bagi sijil yang sudah tamat tempoh 3 tahun.2.  Permohonan buku-buku Log bagi perlaksanaan Credentialing & Privileging untuk Jururawat dan Pembantu Perubatan    bagi empat unit yang terlibat iaitu Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi, Jabatan Opthalmologi dan Jabatan Kecemasan telah dibuat dan sebanyak 150 buah buku Log telah diperolehi diedarkan ke unit berkenaan. 3.  Bagi tahun 2010, permohonan untuk memperbaharui Sijil National Credentialinguntuk Paramedik telah dijalankan kepada Unit/Jabatan yang terlibat.

Jadual 1 : Senarai peserta yang memohon Sijil National Credentialing 2010

Bil

Tarikh Permohonan

Jabatan/Unit

Jumlah Anggota

1

 4 Jun 2010

 Dewan Bedah

 31 orang

2

 24 Ogos 2010

 Opthalmologi

 3 orang

 

7. LAPORAN  JAWATANKUASA CPG

 

7.1  Objektif Jawatankuasa CPG

  1. Mewujudkan kesedaran di kalangan warga kerja hospital khususnya Pegawai Perubatan/pihak terlibat mengenai kewujudan Garis Panduan Klinikal (CPG) yang boleh diperolehi dari komputer di jabatan, wad dan tempat kerja masing-masing.
  2. Mempromosikan garis panduan yang di persetujui untuk digunapakai oleh wargakerja hospital.
  3. Mendapatkan Garis Panduan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan memaklumkan sebarang perubahan jika ada kepada wargakerja hospital.
  4. Mengumpulkan pandangan serta maklumbalas daripada Pakar-Pakar Perubatan yang berkenaan dan dimaklumkan kepada KKM untuk tindakan.
  5. Meletakan halatuju jawatankuasa sama dengan halatuju Pembangunan CPG KKM.

 

7.2  Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa CPG  Januari – Disember 2010

 

1.  Mesyuarat Jawatankuasa CPG 2010  telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 24 Mei
2010 dan 20 Dis 2010.
2.  Mengadakan CPG dalam Sistem Intranet HPJ
CPG dalam Sistem Intranet HPJ  bertujuan untuk memudahkan capaian CPG. Sistem ini telah disediakan oleh Jabatan
IT. Kumpulan sasaranadalah Pegawai Perubatan terutamanya Medical Officer dan Housman Officer.

CPG dalam sistem intranet HPJ akan memuatkan perkara berikut bagi memudahkan rujukan.

  • Manual Protokol atau Protokol Nasional
  • National Protocol - Paediatric
  • ICU Protokol
  • Buku Panduan Patologi

 

CPG dalam Sistem Intranet HPJ disediakan dengan ciri-ciri berikut :

  • Memuatkan CPG terkini (bermula 2002) dan disusunatur mengikut kepakaran (speciality), tahun CPG diterbitkan serta mengikut susunan alphabet.

  • Pendaftaran CPG (Log-in CPG) akan mengikut Log-in yang digunapakai dalam sistem EMR (e.g PP, PP_, PF, PF_ dan sebagainya). Melalui kaedah ini, statistik bilangan pengguna CPG dapat dikenalpasti.

Penggunaan CPG dalam sistem intranet HPJ oleh setiap kakitangan HPJ dapat di pantau melalui CPG ReportTotal Login

by ID, Total User Registered by Department, Document Asses by User ID dan User View by CPG Document. Dengan ini laporan & statistik penggunaan CPG  boleh diperolehi dengan cepat dan tepat. 

3.  Mengadakan CPG presentation dalam sesi CME setiap Jabatan

4.  Mewajibkan semua Pegawai Perubatan Siswazah Terlatih menghadiri CPG presentation

 

8. LAPORAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN

(Occupational Safety & Health)OSHA

8.1  Pengenalan

Jawatankuasa ini diwujudkan bertujuan untuk mematuhi peruntukkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Tanggungjawab jawatankuasa ini memfokuskan kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang berkerja.

Melindungi orang lain terhadap risiko kepada kesihatan dan keselamatan berkaitan dengan aktiviti orang–orang yang sedang berkerja.

Membincangkan elemen-elemen keselamatan & kesihatan pekerjaan bagi menyediakan situasi tempat kerja yang selamat, sejajar dengan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan Hospital Putrajaya.

8.2  Fungsi  JKKP (OSHA)

  • Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terhadap risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  • Melindungi orang di tempat kerja selain daripada pekerja
  • Menggalakkan persekitaran pekerjaan bagi pekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi
  • Mengadakan cara yang menurut perundangan  keselamatan pekerjaan secara berperingkat, sistem peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan, untuk tujuan memperbaiki atau mengekalkan standard keselamatan dan kesihatan.

 

9. HOSPITAL SPECIFIC APPROACH’(H.S.A)
H0SPITAL PUTRAJAYA 2010

 

9.1   Pengenalan Dan Latar Belakang

Komiti Hospital Spesific Approach telah ditubuhkan di Hospital Putrajaya pada tahun 2005. Sejak itu 18 kumpulan QA telah berjaya ditubuhkan.   Sehingga kini ia melibatkan 127 orang peserta dari pelbagai kategori dan jawatan di Hospital Putrajaya. Bagi tahun 2010, 3 kumpulan Quality Assurance telah ditubuhkan.

9.2   Aktiviti Tahun 2010

Berikut adalah  aktiviti yang telah dijalankan dari Januari hingga Disember 2010.

  • Kursus QAP telah dijalankan di Auditorium Mutiara, Institut Pengurusan Kesihatan, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. pada 7 dan 8 Jun 2010.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Program QA JKWPKL dan Putrajaya Bil 5/2010 telah diadakan  di Bilik Mesyuarat Bahagian Perubatan, Tingkat  1, Blok B, JKWPKL dan Putrajaya.

Terdapat 3 Kumpulan Menjalankan Kajian HSA ditubuhkan bagi  2010. Mesyuarat antara Pengerusi HSA iaitu Dr. Naim dengan setiap ahli kumpulan projek QA telah dijalankan dari masa kesemasa.  Tujuan mesyuarat adalah bagi menyemak projek-projek kajian QA yang sedang dijalankan.

 

10.  KEPUASAN PELANGGAN

Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2001. Ia bertujuan untuk menerima aduan, penghargaan, dan cadangan pelanggan terhadap perkhidmatan di Hospital Putrajaya. Kebanyakkan pelanggan di Hospital Putrajaya adalah kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

 

11.  BUDAYA KORPORAT

Budaya Korporat dan Nilai-nilai Murni merupakan satu budaya kerja cemerlang yang diterapkan kepada semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah mencapai misi dan visi Kementerian. Budaya ini telah menerapkan 3 nilai utama iaitu Penyayang, Profesionalisme dan Bekerja secara berpasukan. Justeru itu semua institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah  hospital Putrajaya tidak ketinggalan dalam memberi pendedahan dan menerapkan budaya ini kepada semua warga HPJ.

Jawatankuasa Budaya Korporat HPJ telah mula diwujudkan pada tahun 2005. Bagi memahami apa itu budaya Korporat KKM dan kepentingan mengamalkan budaya Korporat sebagai seorang anggota KKM beberapa kursus,ceramah dan latihan telah dijalankan bagi menerapkan nilai-nilai penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan/tugasan seharian. Kursus ini memberi fokus kepada semua kategori jawatan. Antara latihan yang dijalankan adalah:

-   Berkomunikasi dengan pelanggan/pesakit dan rakan setugas dengan lebih berkesan

-   Memberi kesedaran kepentingan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan ikhlas serta melaksanakan tugas
    sebagai satu ibadah

 

Head of Unit
Dr Adilah A.Bakar
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Attachments:
File Description File size
Download this file (kualitichart.JPG)QUALITY CHART QUALITY CHART 0 Kb