Text Size

Pesakit Bayar Penuh (FPP)

Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP)

  • Melalui perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang diperkenalkan pada tahun 2007, pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan pesakit sendiri serta mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di Hospital Putrajaya.
  • Semua pesakit FPP akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan oleh pakar perubatan pada harga yang kompetitif.
  • Polisi hospital termasuklah waktu melawat, larangan melawat ke atas kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah hendaklah dipatuhi oleh semua pesakit FPP.

Faedah kepada pesakit

  • Memilih pakar yang dikehendaki
  • Menikmati kemudahan seperti Wad Kelas Pertama dan Eksekutif

 

Syarat untuk menjadi pesakit FPP

Bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan

Siapakah yang layak untuk menjadi pesakit FPP

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Kakitangan kerajaan yang memilih skim FPP
  • Kakitangan sektor korporat / swasta di mana majikan /organisasi mereka bersetuju untuk menanggung perbelanjaan perubatan. 

 

Perkhidmatan/rawatan pakar yang ditawarkan melalui skim FPP

  1. Rawatan Pesakit Luar
  2. Rawatan Pesakit Dalam
  3. Rawatan Harian

 

Skop Perkhidmatan yang ditawarkan

  1. Pembedahan Am
  2. Perubatan Am
  3. Obstetrik & Ginekologi
  4. Ortopedik (termasuk kaki dan buku lali)
  5. Oftalmologi
  6. Pediatrik
  7. Anestesiologi
  8. Otorinolaringologi (Telinga, HIdung dan Tekak)
  9. Pergigian / Pembedahan mulut
  10. Psikiatri
  11. Endokrinologi (Pediatrik dan dewasa)
  12. Pembedahan Endokrin
  13. Pembedahan Endoskopi Ginekologi
  14. Pembedahan spina
  15. Rinologi dan Perubatan Tidur Minimum
  16. Patologi dan Pengimejan Diagnostik 

 

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan FPP

  1. “Walk in” atau mendapatkan maklumat di Kaunter FPP
  2. Dirujuk oleh doktor perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta
  3. E-mel ke alamat berikut untuk maklumat FPP:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
  4. Hubungi nombor 03-8312 4316 untuk sebarang pertanyaan

 

Masa Pendaftaran/Rawatan

Hari bekerja (8:00 pagi – 5:00 petang)

Pendaftaran FPP

Untuk mendaftar pesakit perlu membawa dokumen berikut:-

  1. Kad Pengenalan/Surat beranak/Visa/Pasport
  2. Surat jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini.
  3. Deposit
  4. Surat rujukan/ Kad Temujanji (Sekiranya berkaitan)

 

Makluman :

Pesakit yang memilih Skim FPP harus menandatangani Borang Persetujuan menyertai Skim FPP

Menu Diet untuk Pesakit FPP

Pesakit FPP akan dihidangkan dengan menu sedia ada di Wad Kelas Pertama.

Deposit

Pesakit dikehendaki membayar deposit mengikut kadar yang ditetapkan iaitu:

Minimum RM 3,000.00 atau 50% daripada anggaran kos keseluruhan rawatan yang mana lebih tinggi.

Deposit Tambahan

  • Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan baki yang mencukupi dan tidak kurang daripada RM 1,000
  • Surat peringatan untuk deposit tambahan akan dikeluarkan kepada pesakit / saudara terdekat apabila baki deposit menghampiri RM 1,000
  • Bayaran tambahan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh surat peringatan.

 

Caj-caj hospital

Pesakit dikehendaki untuk mengemukakan bayaran untuk pendaftaran dan konsultasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah;

 Kes

 Waktu klinik 8pagi – 5petang

 Selepas waktu klinik

 

 Pendaftaran

 Konsultasi

 Pendaftaran

 Konsultasi

 Baru

 RM 10

 RM 100

 RM 10

 RM 150

 Ulangan

 Tiada caj

 RM 60

 Tiada caj

 RM 90

 

Caj untuk Pendaftaran dan Konsultasi untuk pesakit Rawatan harian

 Waktu klinik

 Selepas waktu klinik

 Pendaftaran

 Konsultasi

 Konsultasi untuk rawatan rapi

 Pendaftaran

 Konsultasi

 Konsultasi untuk rawatan rapi

 RM 10

 RM 60

 RM 90

 RM 10

 RM 120

 RM 180


Bayaran katil untuk pesakit dalam

 Kelas

 Perubatan/Pembedahan/Obstetrik dan Ginekologi

 Eksekutif (satu katil/dua katil)

 RM 300 sehari

 Kelas Pertama(satu katil)

 RM 160 sehari

 Kelas Pertama(dua katil)

 RM 130 sehari

 Kelas Pertama(empat katil)

 RM 80 sehari


Caj katil untuk Unit Rawatan Rapi

 Daily Care Bed Each Case

 RM 70 sehari

 Critical / Intensive Care bed

 RM 400 sehari (maks 14 hari)

 Coronary Care bed

 RM 400 sehari (maks 14 hari)

 Neo Natal Intensive Care Bed

 RM 200 sehari (maks 14 hari)

 Priority Interest Care bed

 RM 160 sehari (maks 14 hari)


Lain-lain caj

 Dewan Bedah

 RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya

 Dewan Bersalin

 RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya

 

Makluman:

  • Pesakit yang telah bersetuju dengan skim FPP perlu membuat bayaran sebelum preskripsi ubat dibuat atau sebelum temujanji diberi untuk rawatan ulangan
  • Resit pembayaran akan dikeluarkan selepas semua bil dibayar.

 

Pengecualian bayaran

Tiada pengecualian bayaran di bawah skim FPP

Pertikaian Pembayaran

Sebarang pertikaian ke atas pembayaran perlu secara bertulis sekiranya penjelasan lisan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, pesakit perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu. Pertikaian yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Malaysia. Bayaran balik hanya akan dibuat setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Malaysia diterima.

Penamatan dari skim FPP

  • Sekiranya tiada deposit tambahan diterima pada pukul 12 tengahari pada hari esoknya selepas menerima surat peringatan, pesakit FPP itu tidak lagi berhak untuk mendapatkan perkhidmatan FPP.
  • Mana-mana pesakit FPP yang dimasukkan ke Wad Eksekutif bagi perkhidmatan FPP akan dipindahkan ke Wad Pertama untuk perkhidmatan awam.
Attachments:
File Description File size
Download this file (BORANG_BERHENTI_MENERIMA_FPP.pdf)Borang Setuju Terima Perkhidmatan FPP Borang Setuju Terima Perkhidmatan FPP 102 Kb
Download this file (BORANG_BERHENTI_MENERIMA_FPP.pdf)BORANG BERHENTI MENERIMA FPP BORANG BERHENTI MENERIMA FPP 0 Kb

  Logo Rasmi KKM