Health Education
Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Putrajaya telah ditubuhkan pada Julai 2000. Unit ini pada awalnya menumpang di pejabat Unit Kerja Sosial Perubatan diikuti dengan Unit Pentadbiran aras LG. Walaubagaimanapun memandangkan perkhidmatan yang semakin berkembang, unit ini telah berpindah ke pejabat sendiri di aras G, pada September 2005.
Bermula 2 Disember 2005, dua lagi perkhidmatan baru telah dimulakan di Klinik ini iaitu Klinik Berehenti Merokok dan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu. Ini kerana Unit ini telah mendapat seorang anggota baru iaitu seorang Jururawat Terlatih.
Objektif Unit
2.1 Untuk menyediakan pesakit dan ahli keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang berkaitan bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit mereka dan mencegah daripada komplikasi yang lebih teruk.
2.2 Untuk memberi bantuan dan sokongan kepada pesakit, pelawat dan kakitangan hospital ke arah mengamalkan cara hidup sihat melalui penyebaran maklumat kesihatan yang tepat dan terkini serta mengadakan aktiviti-aktiviti cara hidup sihat.
2.3 Untuk memberi pendidikan, bantuan serta sokongan kepada perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.
Fungsi Unit
a. Mengadakan Kelas Pendidikan Diabetes
b. Mengadakan Kelas Kesihatan Sendi (Rheumatoid Arthritis)
c. Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti risalah, poster, buku kecil, CD kesihatan dan sebagainya untuk kegunaan Jabatan/Unit/Wad di HPJ
d. Menguruskan Klinik Berhenti Merokok.
e. Menguruskan Klinik Wellness Hospital Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kecemasan.
f. Membuat percetakan bahan-bahan pendidikan kesihatan untuk kegunaan pesakit seperti risalah dan poster mengikut permintaan Jabatan/Unit/Wad.
g. Mengadakan pameran kesihatan dalaman mengikut sambutan Hari-hari Khas Kesihatan.
h. Mengadakan pameran kesihatan luaran sekiranya dipohon oleh Jabatan/Organisasi luar.
i. Menguruskan peminjaman peralatan pameran dan pendidikan kesihatan seperti LCD Projektor, VCD Player dan lain-lain.
j. Menyediakan satu pusat sumber promosi kesihatan merangkumi bahan bercetak dan elektronik seperti Pita Video dan CD Kesihatan.
k. Mengadakan Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan dengan anjuran bersama Jabatan lain yang terlibat.
l. Menguruskan kes-kes pengecualian pesakit yang kurang mampu.
m. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam aktiviti pendidikan pesakit dan promosi kesihatan.
n. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam aktiviti perhubungan awam seperti penyediaan teks ucapan, skrip pengacara, pengurusan pihak media, penyediaan buku program dan lain-lain.
Kemudahan Yang Disediakan
- Kaunseling dan Rawatan bagi Perokok/Pesakit/orang Awam yang ingin berhenti merokok.
- Maklumat-maklumat berkaitan merokok dan kesihatan
- Kaunseling Penyusuan Susu Ibu dan risalah-risalah/bahan-bahan berkaitan
Penyusuan susu ibu.
- Saringan Anggota HPJ untuk Klinik Sejahtera (Wellness Clinic)
- Kelas Pendidikan Diabetes
- Kelas Kesihatan Sendi (Arthritis)
- Peminjaman CD-CD Kesihatan
- Peminjaman Bahan-bahan Pameran Kesihatan
- Permohonan Bahan-bahan Pendidikan Kesihatan seperti risalah, buku kecil, poster dan sebagainya daripada jabatan-jabatan di HPJ atau Jabatan luar.
- Borang Pendaftaran Pendermaan Organ
- Mengadakan kempen-kempen/program promosi kesihatan di dalam dan luar HPJ.
Waktu Operasi
Waktu pejabat biasa
Hari Klinik :
- Klinik Berhenti Merokok (Selasa dan Jumaat)
- Klinik Wellness (Isnin, Rabu dan Khamis)
Contact
Head of Unit
Pn. Laila Binti Muhamad
helaila@hpj.gov.my
Location
Health Education Unit,
Ground Floor, Putrajaya Hospital,
Precinct 7, 62250 Putrajaya
