AddThis Social Bookmark Button

UNIT RAWATAN HARIAN

Pengenalan

Unit ini memberi perkhidmatan rawatan harian dan pesakit dibenarkan pulang selepas menjalani perawatan (pembedahan atau perawatan perubatan). Ini menguntungkan pesakit. Keuntungan kepada pesakit temasuklah

  • perbelanjaan perawatan yang lebih rendah,
  • pendek waktu perpisahan dari suasana rumah (terutama kanak-kanak dan orang yang berumur),
  • mempercepatkan proses penyembuhan, kurang risiko jangkitan nosokomial,
  • serta masa menunggu giliran perawatan yang lebih pendek.


Unit ini berada di Tingkat 1 bersebelahan dengan Dewan Bedah Utama.

Unit ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Surgical Day Care – khas untuk pembedahan
  • Medical Day Care – khas untuk perawatan perubatan

 

Unit ini beroperasi bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Unit ini juga mempunyai 2 bilik Endoskopi yang beroperasi 24 jam.

Klinik Anesthesia juga berada di unit ini.  Klinik ini berfungsi memantau keadaan pesakit dan persediaaan sebelum pembedahan. Klinik ini dibuka pada setiap hari bekerja iaitu pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan hari Jumaat pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Perawatan yang dijalankan di Unit Rawatan Harian (DCW)

Kes- kes Pembedahan:

  • General Surgery
  • Endocrine Surgery
  • Orthopeadic
  • Gynaecology
  • ENT
  • Opthalmology
  • Dental

Kes-kes Perawatan Perubatan:

  • Perubatan Am
  • Endokrin (ujian darah)
  • Paediatrik
  • Pemantauan Kes-kes Antenatal  O & G
  • Kes office Gynaecology
  • Kes-kes Oncology

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya menjalani pembedahan di unit ini?

  • Daftar kemasukan wad awal  pada jam 7.00 – 7.30pagi.
  • Membawa Surat Jaminan ( GL – Aggota Awam) /Bayaran ( Swasta)
  • Puasa bagi kes  pembiusan am :

 

o    4 tahun ke atas dan Dewasa  : bermula 12 tengahmalam

o    kanak –kanak berumur  di bawah 4 tahun : 2 pagi                     

  • Datang dengan  waris /penjaga bagi kanak-kanak bawah umur.
  • Jarak rumah ke hospital megambil masa  ½ jam perjalanan
  • Sila hubungi pihak Hospital jika anda tidak dapat hadir untuk pembedahan melalui talian 83124330 (Unit Rawatan harian ) /83124200 ( Klinik  berkaitan)
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi:

KJ Maznah binti Abd Wahab
(jtmaznah@hpj.gov.my)
Ext  03- 83124330
Unit Rawatan Harian
Hospital Putrajaya.

 

 


Best View 1024 x 768 / Mozilla Firefox Copyright © 2011. Putrajaya Hospital, Malaysia. All Rights Reserved.
DISCLAIMER The Putrajaya Hospital Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Last Modified Date: 21 February 2012

Privacy Policy | Security Policy